Sunday, 3 April 2011

Latar Belakang Unit Pendidikan Khas Di WPKL

Pada tahun 1964 Unit Pendidikan Khas di tubuhkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada 1 Oktober 1995 Unit tersebut telah dinaiktaraf kepada Jabatan Pendidikan Khas dan serentak dengan itu, Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri ditubuhkan.

SK (L) Jalan Batu 1 merupakan perintis Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1988 dan pada 1995 SMK Yaacob Latif dan SMK Bandar Baru Sentul bagi sekolah menengah dibuka di Kuala Lumpur.

Visi

Menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Misi

Menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid-murid berkeperluan khas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan dapat memberi sumbangan bakti kepada masyarakat dan negara.

Objektif

  • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.
  • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
  • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas dan pemulihan khas

2 comments:

Megat said...

Salam. Di mana boleh saya dapatkan muat turun tentang Polisi dan Peraturan Berkaitan Pendidikan Khas di Malaysia?

Terima kasih.

sop said...

Salam, en megat boleh cuba dapatkan dari laman web bahagian pendidikan khas, Kpm (jika ada). Sila rujuk pekeliling yang berkaitan

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons