Thursday, 26 January 2012

MAKLUMAT PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERAKHIR 31 JANUARI 2012

Perkara di atas dengan hormatnya dirujuk.

Sehubungan dengan itu, semua Program Pendidikan Khas Integrasi diminta mengemukakan Maklumat Program Pendidikan Khas Integrasi mengikut borang yang disertakan dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘softcopy’. Borang yang lengkap perlu dikembalikan ke Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan sebelum atau pada 3 Februari 2012.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Encik Mohd Shukri bin Ngah di talian 03-6203 6316.

Download format data 31 Januari 2012

Salinan surat:


Tuesday, 24 January 2012

Masalah key in senarai murid SISOKU?

Maklumat kepada semua guru-guru yang membuat key in data ke Sistem Elaun Murid OKU (SISOKU), sekiranya terdapat murid yang telah terdapat dalam sistem tetapi tidak boleh dikemaskini, ia adalah berpunca dari data murid tersebut telah berada di sekolah lain. Untuk itu, sila emelkan kepada saya (shukri@upkkl.com) maklumat seperti berikut:

Nama murid:
No. KP/SB:
Sekolah Lama:
Sekolah Baru:
Kod sekolah:

Maklumat ini akan dipanjangkan kepada BPkhas, KPM untuk dipindahkan dari sekolah lama ke sekolah baru. Selepas selesai, saya akan maklumkan kepada pihak sekolah untuk penyemakan dan kemaskini maklumat yang tidak lengkap.

Sekian untuk makluman semua.

Tuesday, 17 January 2012

BENGKEL PERMOHONAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KHAS

BENGKEL PERMOHONAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN KHAS ROLLING PLAN KE 3 (RP 3) BAGI TAHUN 2013 DAN 2014 DALAM RMK 10

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan akan mengadakan Bengkel Permohonan Pembangunan Pendidikan Khas Rolling Plan Ke 3 (RP 3) Bagi Tahun 2013 Dan 2014 Dalam RMK 10.

Sehubungan itu, Penolong Kanan Pendidikan Khas/ Penyelaras Pendidikan Khas dari sekolah Y. Bhg. Datin / tuan / puan diminta hadir ke Bengkel Permohonan Pembangunan Pendidikan Khas Rolling Plan Ke 3 (RP 3) Bagi Tahun 2013 Dan 2014 Dalam RMK 10 seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Januari 2012
Masa : 2.00 petang
Tempat : BTPN Wilayah Persekutuan
Peralatan : Laptop dan maklumat permohonan pembangunan PPKI

Sekian untuk makluman. Mohon dipanjangkan kepada rakan-rakan Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Penyeleras.

Salinan surat:


Format permohonan: Download

Wednesday, 11 January 2012

TAKLIMAT PERMOHONAN ELAUN MURID KHAS (EMK) TAHUN 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan akan mengadakan Taklimat Permohonan Elaun Murid Khas (EMK) Tahun 2012.

Sehubungan itu, semua sekolah yang mempunyai murid OKU diminta hadir ke Taklimat Permohonan Elaun Murid Khas (EMK) Tahun 2012 seperti ketetapan berikut:

BIL
SEKOLAH-SEKOLAH PEJABAT PELAJARAN
TARIKH
MASA
TEMPAT
3.1
Bangsar & Pudu
16/1/2012 (Isnin)
2.00 petang
Auditorium Tan Sri Rafie
3.2
Sentul & Keramat
17/1/2012 (Selasa)

Sekian, untuk makluman.

Salinan surat panggilan:


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons